(Chris Maskilone 17/10/09 DE)
KOTA KINABALU: MP Penampang TS. Bernard G. Dompok mahu pihak berkuasa yg berkenaan, terutamanya Jabatan Air memberikan penjelasan tentang keperluan projek mega bekalan air yang dikatakan melibatkan pembinaan Ampangan menyeberangi Sungai Papar di Kaiduan. Dompok yang juga Presiden UPKO berkata, Walaupun beliau masih belum mendapat maklumat sebenar tentang isu itu namun beliau memahami perasaan pendduk di kawasannya di Kampung Maang. "Amat sukar bagi saya untuk memastikan ketepatan semua maklumat yang disiarkan dalam akhbar itu, tetapi saya ingin katakan bahawa kita pernah melalui perkara seperti ini di Penampang sebelum ini...Ampangan Babagon."Saya menghadapi kesukaran untuk memberi penjelasan kepada penduduk Kampong yang terpaksa dipindahkan dan sekarang (masaalah) ini pula". Katanya apabila diminta mengulas tentang kenyataan penduduk di Kampong Maang yang telah memperoleh laporan bahawa kawasan mereka akan terjejas akibat projek Rm:2 bilion itu...
Wednesday, October 21, 2009
INDUSTRI GETAH DI SABAH- TAN SERI BERNARD DOMPOK SARAN PASARAN TERBUKA.
KOTA BELUD: Pasaran bagi getah mentah di Sabah harus terbuka bagi merangkumi penyertaan sektor swasta agar para pekebun kecil di Negeri Sabah dapat menikmati harga yg berdaya saing, Sama seperti pekebun pekebun kecil di Sarawak dan Semenanjung. Menteri Perusahan Perladangan dan komoditi, Tan Seri Bernard Dompok yang membuat saranan itu berkata pada masa ini Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) adalah pembeli tunggal getah mentah daripada pekebun, sekaligus memonopoli pasaran. "Masaalahnya ialah tidak ada pembeli lain yang boleh menembusi Sabah bagi membeli getah daripada pekebun kecil kerana LIGS adalah pembeli tunggal.
JAWATANKUASA KHAS BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK DITUBUH.
PAPAR: Kabinet Persekutuan telahpun bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kabinet dan Jawatankuasa Teknikal mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak, Kata Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pasok Momogon Kadazandusun Bersatu (UPKO) mengumumkan perkara itu semasa merasmikan konvensyen UPKO Bahagian Kimanis, dekat sini Jumaat yg baru lalu (16/10/09). Menurut Tan Sri Bernard Dompok, Perdana menteri Datuk Seri Mohd najib Tun Razak bersetuju untuk mempengerusikan jawatankuasa kabinet itu yang dianggotai oleh Menteri dari Sabah/Sarawak termasuk beliau sendiri,Datuk Dr.Maximus J Ongkili,Datuk Douglas Unggah,Datuk Idris Jala dan beberapa menteri Kabinet lain.
Monday, October 19, 2009
BRAVE TO SPEAK OUT THE TRUTH (Berani Kerana Benar) !!!
Kepada Pengundi/Rakyat di Kawasan MP P.174 PENAMPANG (N.19 Kepayan & N.20 Moyog) yang ingin mengeluarkan pendapat,pendangan dan ketidak puasan hati anda, dan ingin menjadi penulis,pengkeritik dan penyumbang buah fikiran dan Artikal diblog SUARA RAKYAT P.174 PENAMPANG ini dipersilakan demi untuk kebaikan Pengundai/rakyat di Kawasan P.174 Penampang ini. Anda tidak berpuas hati kepada Pemimpin2 Komponen BN (UMNO,UPKO,PBS dll) ,Pembangkang,Jabatan Kerajaan dan apa juga permasaalahan anda... Blog SUARA RAKYAT P.174 PENAMPANG inilah tempat anda menyalurkan dan menyuarakan permasaalahan anda....Sekian dan Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)
Apa pendangan dan pendapat Rakyat/Pengundi di Kawasan MP P.174 PENAMPANG seandainya YB.Tan Sri Bernard G.Dompok masih dikekalkan sebagai Calon MP bagi PRU Ke-13 nanti?
PENAFIAN/DENIAL
Sebarang maklumat, artikel, gambar, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini, YANG bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog. Adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan tersebut